Republik Syiah Ruhollah_Khomeini

Selepas jatuhnya monarki Pahlavi, Iran diperintah oleh kerajaan sementara yang dikepalai Shapour Bakhtiar. Walau bagaimanapun, kerajaan ini tidak dipersetujui oleh Khomeini.[8] Pada 11 Februari, Khomeni melantik Mehdi Bazargan sebagai perdana menteri Iran. Tindakan ini menyebabkan kerajaan Iran berpecah kepada dua, iaitu kerajaan sementara Shapour Bakhtiar dan kerajaan revolusi Khomeini dan akhirnya berlakulah pergeseran antara dua kumpulan ini. Kerajaan Bakhtiar kemudiannya kalah dalam persaingan ini apabila ketenteraan mengisytiharkan untuk berpendirian neutral.[9]. Pada 30 Mac, 1979 dan keesokan harinya, sebuah referendum diusulkan bagi membentuk sebuah Republik Islam dan cadangan ini mendapat sokongan 98% penduduk Iran. Abolhassan Banisadr pula dilantik oleh Khomeini untuk menjadi presiden Iran pertama.